Karangan Eks: Tekanan- punca-punca & cara mengatasinya


Antara sebab terjadinya tekanan mental adalah:-

  •   Masalah kewangan

Wang merupakan satu aset yang penting bagi seseorang individu menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Tanpa wang, apa yang dihayati tidak akan tercapai. Manusia selalu menjadi sakit jiwa jika hidup tanpa wang. Tambahan pula, masalah kewangan ini meliputi hutang piutang yang banyak dan terpaksa menanggungnya.

  • Masalah kekeluargaan

Hubungan suami isteri yang tidak harmoni kerana kurangnya komunikasi dan tidak boleh bertolak ansur. Ini secara tidak langsung, boleh menjadi tekanan perasaan dalam keluarga. Hubungan dengan anggota keluarga yang lain seperti mertua dan saudara mara lain juga boleh menimbulkan masalah sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.

  • Mengidap penyakit fizikal

Seseorang yang mengidap penyakit fizikal yang teruk atau berpanjangan boleh menyebabkan tekanan yang dialami akan bertambah buruk,    

  • Masalah dalam pekerjaan

  Pekerjaan boleh menjadi punca tekanan mental sekiranya ia tidak dikendalikan dengan baik. Jenis pekerjaan,beban kerja,keadaan tempat kerja yang tidak selesa dan peranan yang tidak sesuai atau kurang penghargaan adalah antara tekanan di tempat kerja. Hubungan dan komunikasi dengan rakan sekerja yang tidak harmoni ditambah dengan peraturan di tempat kerja yang tidak jelas juga merupakan punca tekanan.

Cara Mengatasi Stres A) Keagamaan

-       Lebihkan amal ibadat, sentiasa redha dan berserah kepada tuhan. Kita juga mesti berusaha melawan nafsu serakah dan menjaga diri agar jangan sampai terperangkap ke lembah kehinaan. Bersyukur dengan apa yang dimiliki kerana itu adalah perkara yang terpenting.

B) Persekitaran

-       Sentiasa terbuka dalam menerima kritikan akan membentuk persekitaran baru dan   tentunya akan menjadi lebih baik.

-       Jangan biasakan menyimpan perasaan dalam hati. Biasakan berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan orang yang boleh dopercayai kerana ini akan melahirkan persekitaran yang sihat.

C) Pakaian / Penampilan

-       Kebanyakan dari mereka yang selalu berfikiran positif tampil dengan kepercayaan diri manakala mereka yang berfikiran negatif pula kelihatan tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri.

-       Gunakan bahasa yang positif untuk menambahkan keyakinan orang lain terhadap penampilan diri kita.

D) Ekonomi / Kewangan

-       Perlu bersikap serderhana dalam setiap perkara. Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan. Akibatnya akan menyusahkan diri sendiri. Bagi yang berpendapatan tetap, perlulah sentiasa berjimat-cermat dan berpuas hati dengan hasil pendapatannya.

E) Kaunseling / Bantuan / Bimbingan

-       Berkongsi masalah yang dihadapi dengan keluarga atau rakan karib. Rakan karib   merupakan kumpulan yang paling mudah mempengaruhi corak hidup para remaja khususnya. Ada juga yang mendapatkan nasihat pakar untuk menyelesaikan masalah mereka.

F) Sosial

-       Gembirakan hati semasa menghadapi kesulitan. Hati yang gembira membuatkan kita menerima segala dugaan dan masalah dengan besar hati dan berusaha menjalani kehidupan yang lebih baik.

G) Moral

-       Setiap manusia perlu sentiasa mengisi mindanya dengan ilmu pengetahuan secara berterusan karana bagaimanapun keadaan manusia itu dan tahap pencapaiannya, namun sangat memerlukan kalapangan dalam dada supaya tidak mudah berasa tertekan. 

H) Fizikal

-        Selalu melakukan gerak badan, berolah raga atau senaman kerana badan yang sihat akan memelihara ketenangan jiwa serta kerehatan tubuh badan. Ini adalah aset yang berharga dalam kehidupan seseorang untuk mengurangkan stres yang dihadapi.

CARA MENGURANGI TEKANAN MENTAL YANG DIALAMI  

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakanuntuk mengurangi tekanan mental anda: 

  • Makan makanan seimbang tiap-tiap hari
  • Bersenam atau riadzah secara kerap
  • Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan
  • Mempunyai keutamaan dan matlamat yang realistik
  • Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana
  • Selalu berpandangan positif and fokus kepada sifat-sifat baik anda
  • Dapat menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri.
  • Bersedia berkongsi masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai
  • Mengamalkan teknik relaksasi seperti relaksasi otot secara progresif atau meditasi. Misalnya apabila merasa tertekan, perlahankan tarikan dan keluaran nafas anda untuk beberapa minit.
  • Dapatkan bantuan profesional sekiranya tekanan mental yang anda hadapi berpanjangan atau sukar diatasi.